Showing posts with label Pulau Kapas. Show all posts
Showing posts with label Pulau Kapas. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Makhluk Aneh di Pantai Pandak Cendering

Ramai tidak mengetahui di sebelah bukit Pelabuhan Cendering terdapat Pantai Peranginan yang cantik dan nyaman sekali. Pantai ini boleh dilalui melalui jalan tar ie 200meter sebelum pintu masuk ke Pelabuhan LKIM Cendering, turn left ikut signbord ke 'Pantai Pandak', pemandangan pantai yang cantik,berpasir dan berbatu-batu ini boleh mandi-manda, hati-hati bila mandi disini kerana amat BERBAHAYA bagi yang kurang arif dengan air laut.... Tapi awas disini juga muncul batu 'Makhluk Aneh' bila air pasang, ianya akan muncul seolah-olah baru datang dari laut....!

Lihat video dibawah:

Saturday, January 8, 2011

Ombak Laut Cina Selatan

Keindahan pantai pada musim Candat nanti....
 Pantai Kg Rusila dkt Restoran Lempeng view Pulau Kapas
  sekarang bahaya untuk nelayan....tp pantai masih cantikkkkk...
  video dibawah hanya buat renungan shj...bertarikh 07.01.11...jgn marah ya, baru cuba2 buat youtube..ha...ha...

Wednesday, January 5, 2011

Jadual Candat 2011

Aktiviti Candat Sotong tahun 2011 dicadangkan awal sebulan dari tahun 2010 sebagai 'cover' tahun lepas yang kurang menjadi. Mulai pada bulan Mac 2011 sotong sudah boleh di candat, walaupun kebiasaanya pada bulan April ....... seterusnya

Tarikh-tarikh yang sesuai aktiviti candat tahun ini adalah semasa 'bulan terang' mulai 10hb Hijrah hingga 25hb Hijrah setiap bulan mulai bulan Mac hingga bulan September 2011. Habitat sotong memang gemarkan cahaya.......seterusnya 

Tarikh-tarikh yang kami cadangkan ialah:
Bulan Mac 2011: 16,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 dan 31.
Bulan April 2011: 14,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 dan 29.
Bulan Mei 2011 : 14,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 dan 29.
Bulan June 2011:  12,13,14,15,16,17,18,19,20.......

Monday, January 3, 2011

Booking Candat 2011 dibuka

Kami berasa bangga diatas sambutan anda semua tentang Hobi Candat Sotong, meskipun tahun lepas 2010 sotong kurang menjadi, Insyallah tahun baru 2011 akan mendapat rezeki yang banyak ... amin !.
 
Keadaan ekonomi dan kenaikan harga barang di negara 1Malaysia yang tercinta ini amat sukar bagi kami mengekalkan kadar harga pakej saperti tahun lepas, timbang punya timbang kami dengan rasa terharu terpaksa juga mengubahsuai harga pakej dengan sedikit kenaikan minima kurang dari 10%. ie antara RM50-RM90 bagi setiap pakej.... kesian kaum nelayan kite tu.
Satu pakej baru disediakan (Pakej E) bagi group kecil 5 orang kebawah.

Bagi anda yang berminat sila Klik pada menu Package diatas.

JUMPA ANDA DI PELABUHAN CENDERING NANTI !

 senja berlabuh malam akan menjelma

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun 2011


mengamit kenangan 2010..mengintai musim 2011
Posted by Picasa

Jadual Musim Candat 2011 sudah boleh disemak sila KLIK pada menu Calendar. Senarai BOOKING juga boleh disemak sekarang.

Senarai harga pakej akan diposkan tidak lama lagi............dalam menu 'Package' ...oop belum ada lagi..!

menunggu bayu melambai

laut masih bergelora


Thursday, December 30, 2010

Saturday, December 4, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Musim Candat tahun 2010 telah pun berakhir baru-baru ini, musim monson mengambil alih bermula pada bulan Oktober 2010 dan berlarutan sehingga bulan Feb/Mac 2011.

Kumpulan terakhir dari KL sebelum bulan Ramadhan 2010

Tahun 2010 sotong tidak menjadi sangat sekadar dapat melihat semburan paksi/dakwat sotong sesekali saja. Ada juga trip yang dapat banyak tetapi keseluruhan sotong adalah kurang tahun ini. Menginkut jurucakap Jabatan Perikanan air laut sekitar Pulau Kapas hingga ke Pulau Redang suhu nya agak terlalu panas dari biasa menjadikan kandang sotong mungkin beralih tempat.Insyallah pada musim 2011 nanti sotong akan menjadi pula.

Kami begitu terharu serta ucapan terima kasih dengan sambutan anda semua terhadap Pakej Candat yang dianjurkan buat pertamakali itu, jika terdapat kekurangan/ketidakpuasan dipihak peganjur kami mohon berbanyak-banyak maaf dan kami mengalakkan saranan membina dari anda semua untuk kebaikan bersama dan boleh di emailkan pada kami dari masa kesemasa.

Meneruskan Hobi Mencadat ini, Insyallah kami akan mula membuka tempahan mulai bulan Januari 2011 nanti. Jadual penuh akan kami poskan dalam blog ini tidak lama lagi. Ramai sahabat yang telah menghubungi kami untuk tempahan Musim Candat 2011 bersabarlah harap jengok-jengok blog ini selalu.

Menunggu Musim Candat 2011

Terima Kasih dan Wassalam,

 Dari  Pakya : 019-9170708

Wednesday, April 14, 2010

Musim Candat 2010 Bermula

Bermula bulan April hingga Julai adalah musim sotong di Terengganu. kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti "Bandar Terapung" yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.Kawasan yang menjadi kandang sotong ialah disekitar peraiaran Cendering,Marang dan sekitar Pulau Kapas.Kandang Sotong bukan saja berada di sekitar Perairan Kuala Terengganu dan Marang malah terdapat juga di laut daerah Setiu,Besut,Dungun dan Kemaman.

Masa paling sesuai Candat Sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 kilogram hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.

JENIS CANDAT
Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.
Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada Sotong Torok, ,Sotong Telor (ketupat sotong) dan Sotong Jarum, Sotong Mengabang, Sotong Katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu yg terang (Spotlight) yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”

“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.

Kemeriahan musim sotong telah menjadi salah satu agenda dalam kalendar pelancongan Negeri Terengganu. "TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010" telah menjadi acara tahunan di Terengganu dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan, KLIK DISINI untuk menyertai.

Bagi ANDA yang benar2 ingin menikmati kepuasan Candat Sotong, kami menyediakan pakej berupa Bot yang selesa dengan kapasiti muatan seramai 8 hingga 15 orang, bleh Candat dari petang sampai pagi esoknya dengan kadar harga RM100/org. Mula bertolak dari Jeti Chendering atau Jeti Marang sahaja untuk mencandat di sekitar perairan Pulau Kapas Terengganu.Minima 8 org maksima 15 org satu bot.

1.HARGA GROUP PAKEJ ADALAH:

PAKEJ A (BOT 8 ORANG) RM800
PAKEJ B (BOT 10 ORANG) RM1000
PAKEJ C (BOT 12 ORANG) RM1200
PAKEJ D (BOT 15 ORANG) RM1400
(Bot terhad/Booking awal)

2.FAMILI PAKEJ HARGA RM900 - RM1450 SATU BOT (Harga sekali dengan Homestay dan boleh dirundingkan bergantung bil keluarga & Jenis Homestay yg dikehendaki)

Tempahan hendaklah disertakan dengan deposit sebanyak 30% (tidak dikembalikan) dan pertukaran Pakej kurang 7 hari dari tarikh Candat tidak diterima

KEMUDAHAN DI SEDIAKAN:
1. Peralatan Candat Percuma (dikembalikan selepas Candat)
2. Bot dilengkapi Jaket Keselamatan & System GPS
3. Lampu SpotLight banyak & Terang
4. Dapur Boleh Goreng Sotong Fresh, masak nasi/maggie atas permintaan
4. Bekas Air Batu & Minuman Ringan Percuma
5. Kemudahan Tandas/Bilek Persalinan (Bot 12 & 15 org shj)
6. Tekong lebih 10 tahun pengalaman
7. Taklimat Percuma Cara Candat yang betul.
8. Bertolak lepas waktu Asar balik pagi esok
9. Perjalanan ke Kandang Sotong hanya 1 Jam
10.Keselamatan Parking Kereta LKIM Chendering
11.Satu Bot dpt 1 Bilik Rehat Percuma Untuk Simpan
Barang & Mandi, sebelum dan slepas balik candat.
12.HomeStay bleh diuruskan (Atas Permintaan)

Tarikh-tarikh yang dicadangkan tahun 2010 ialah pada malam2 10hb - 20hb bulan Hijrah (Bulan Purnama Terang)

1. 23,24,25,26,27,28,29,30hb April 2010
2. 01,02,03,04,05hb Mei 2010
3. 24,25,26,27,28,29,30,31hb Mei 2010
4. 01,02,03hb Jun 2010
5. 23,24,25,26,27,28,29,30hb Jun 2010
6. 01,02,03hb Julai 2010
7. 22,23,24,25,26,27,28,29,30hb Julai 2010
Nota: Selain dari tarikh2 diatas Sotong ada tapi Kureng..!

Tempahan Awal Amat Dialu2kan.

TRIP TO PULAU KAPAS: KLIK DISINI


Jika Berminat Sila :
SMS/TEL:019-917 0708 - Pakya
Email: smartg54@gmail.com
Nota:Ketua Kumpulan EASY BSN POWER: Juara Katogeri Sotong Terbanyak & Juara Katogeri Sotong Terberat di TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2009 Sirkit Marang. Tempat ke 4 Sirkit Dungun Kategori Sotong Terberat.