Monday, May 14, 2012

Chalet Percuma Pakej ABCD di MakTeh Rumah Tumpangan berhampiran jeti LKIM Cendering

Kemudahan Chalet Percuma 

Bilik dilengkapi Aircon + TV + bilik Air

Ruangtamu Rumah 2 Tingkat 19 bilik



Thursday, May 10, 2012

Antara peserta candat bulan April dan Mei 2012

Khairul & Isteri
Group Khairul dari Pel. Klang
Amin dan kumpulan

Ikan Alu-alu
Group Amin dari Ampang

Taklimat ringkas cara candat



Merenong laut cina selatan

adik ni ingin jadi tekong bot barangkali

Group Marha dari KL

Group Bahari dari KL

Hasil tangkapan hendak dibahagi2kan

Candat YO-ZURI amat berkesan RM30 sebiji...mahalnya

Pandangan Pulau Kapas yang indah

Sotong dah dapat walaupun pd waktu senja


Sotong Torok


Group Zaki dari Perodua Rawang

Perjalanan ke kandang sotong

Thursday, April 5, 2012

Tip untuk bayaran deposit bot cara selamat.

Untuk mengelakan pertidihan jadual candat kebiasaanya bot kena booking awal sekitar sebulan keatas dari tarikh yang dikehendaki. Bayaran deposit antara RM200 hingga RM300 akan diminta untuk menjamin bot selamat ditempah sementara bakinya dibayar pada hari turun candat. Ada diantara kawan kawan terpaksa membatalkan tempahan setelah bayaran deposit dibayar (disebabkan masaalah yang tidak dapat dielakkan).

Saya awal2 lagi sudah memaklumkan dalam post terdahulu bahawa deposit jangan di bank in kalau tarikh belum confirm kerana wang deposit tidak dikembalikan. Bayaran deposit akan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu untuk booking bot, chalet dan saya sendiri sebagai pengendali Pakej Candat. Masaalah timbul bila tempahan dibatalkan terutama di saat akhir kerana kami telah menolak tempahan lain, kerugian inilah menjadi sebab deposit tidak dikembalikan.


Bagaimana cara untuk elakkan kerugian: Biasanya kita akan turun candat dalam berkumpulan, sudah merancang trip berbulan2 lamanya, ketua kumpulan hendaklah mengutip sekurang2nya RM50 seorang sebagai "tandajadi". Contoh: jika kumpulan ada 10 orang kutipan dalam tangan sudah ada RM500, deposit untuk tempahan bot 8 - 15 orang cuma rm300 sahaja. Jika berlaku masaalah terpaksa dibatalkan ketua kumpulan masih ada RM200 dan kerugian ditanggung secara berkumpulan. Ketua kumpulan boleh ke pasar beli sotong rm200 pergi BBQ mana-mana pantai.....ha...ha..gurau saja..! ..... Mungkin ini lah caranya "Win-Win Situation".

Monday, April 2, 2012

"April Fool"

Group Mohd dari KL turun candat pada 01.04.2012 - "April Fool"

Tuesday, March 20, 2012

Pembuka Tirai Musim 2012

Pada 16.3.2012 group pertama tahun 2012 dari pelajar-pelajar yang sedang menjalani praktikal di Petronas Carigali Sdn Bhd di Kertih diketuai oleh saudara Fadhli Sayutti telah menyahut cabaran candat dengan bergaya sekali, sotong pun banyak juga walaupun musim baru bermula..Alhamdulillah.

Bergambar sebelum menaiki bot di Jeti Perikanan Cendering

menaiki bot kapasiti 10 orang


Buat kenangan
suatu kenangan dapat pegang sotong hidup

Yang ni sotong torok...saiz besar.

tu dia dekat setengah tong....wow !

Ini yg seronoknya...sotong goreng fresh punya...makan panas-panas.

Balik pagi ..wajah masih layu lagi  bersama sotong yg di candat sendiri

Sunday, February 12, 2012

Buka Musim 2012

Bulan Mac 2012 dijangka pembuka tirai musim candat tahun ini, dicadangkan supaya bawa sekali joran gail sebab jika tiada sotong kita boleh mancing sekali.

Monday, February 6, 2012

Jadual Candat Sotong 2012

Tarikh-tarikh yang sesuai aktiviti candat tahun ini adalah semasa 'bulan terang' mulai 10hb Hijrah hingga 25hb Hijrah setiap bulan mulai bulan Mac hingga bulan Julai 2012. Habitat sotong memang gemarkan cahaya....Tempahan 2012 dibuka sekarang.!

Tarikh-tarikh yang kami cadangkan ialah:
Bulan Mac 2012:
03,04,05,06,07,08,09,10,11,12,13,14,15,16,17 dan 18 Mac 2012
Bulan April 2012:
02,03,04,05,06,07,08,09,10,11,12,13,14,15,16 dan 17 April 2012
Bulan Mei  2012 :
02,03,04,05,06,07,08,09,10,11,12,13,14,15,16,dan 31 May 2012
Bulan June 2012:
01,02,03,04,05,06,07,08,09,10,11,12,13,14,15 dan 30 June 2012
Bulan Julai 2012:
01,02,03,04,05,06,07,08,09,10,11,12,13,14 dan 15 Julai 2012