Tuesday, April 19, 2011

Musim Candat 2011

Sudah agak lama juga saya tidak update blog candat kerana musim monson yang hampir tamat ahkir bulan Feb...tiba2 bulan Mac yang sepatutnya cuaca sudah baik untuk cuba membuka musim candat 2011....tiba-tiba berlaku Tsunami di Jepun dengan laut yang tenang menjadi bergelora semula macam musim monson. Beberapa trip pada bulan Mac di tunda ke bulan April/Mei.

Alhamdulillah pada 16.04.2011 dan 17.04.2011 ada 5 group menyahut cabaran candat musim 2011 ini, walaupun sotong tidak berapa banyak....tetapi berbaloi juga kerana ikan & pari juga dapat untuk mengubat selera kaki pancing. Perlu disarankan bagi yang ada joran pancing, sila bawa sekali ketika candat kerana kita juga boleh pancing sambil mencandat....!

Group En Roslan KL 16.04.2011

Group En Shukor Melaka 16.04.2011

Group En Azman dan famili & En Wan dan famili dari KL pada 17.04.2011

Isteri Pakya pertama kali turun candat bersama group En Idris dari KL
pada 16.04.2011

Ini bukan sotong....tp sedang berentap ikan pari..Group Idris

..... tuu dia beberapa ekor pari yang tumpas

Ikan pun dapat....En Idris



Yang ni besar sikit


En Azman & Famili...17.04.2011
Group En Wan & Famili pada 17.04.2011...Bot 8 orang

Sotong pertama group en Azman ..waktu petang

Tenggiri 5 kilo pun dapat

buat kenangan dengan famili bersama tenggiri agaknya

Tenggiri 7 kilo

Pandangan Pulau Kapas....bot 8 orang
Video Youtube