Wednesday, April 24, 2013

Tahun ini nampaknya sotong agak menjadi di bandingkan dengan tahun sebelumnya....tapi rezeki di laut tidak boleh diduga, adakala berbaloi adakala tidak dan terserah pada Allah segalanya.

Sebanyak 4 kumpulan lagi turun candat pada 20hb Apr 2013 baru baru ni, Kumpulan Hanafi dari Kuantan-bot 8 orang, Kumpulan Mokhtar dari Pekan Pahang- bot 8 orang, Kumpulan Azhar dari Shah Alam- bot 10 orang dan Kumpulan Firdaus dari KLIA- bot 8 orang.Kesemua 4 kumpulan memperolehi lebih 20kg sotong dan yang paling banyak kumpulan Hanafi hampir 80kg (Kumpulan Hanafi semua kaki pancing).

Kumpulan Hanafi Kuantan

Kumpulan Mokhtar Pekan Pahang

Kumpulan Azhar Shah Alam

Kumpulan Firdaus KLIA
  
BIAR GAMBAR BERBICARA.....!




Tekong Zaidi dengan Candat Umpan Ikan













Jeti LKIM Cendering

TAHNIAH.! KEPADA 4 KUMPULAN INI....SEMUGA JUMPA LAGI..!




Monday, April 22, 2013

En Ismail dan famili  dari Pasir Gudang Johor (bot 8 orang) sambil "Cuti cuti di Pulau Kapas" sempat juga turun candat pada Jumaat petang 19hb April 2013 baru ini. Hampir 30kg sotong dinaikkan pada malam itu...berbaloi serta hebat !

En Ismail, Isteri serta 3 anak perjalanan ke Kandang Sotong

woow...2 ekor sekali naik... besar nya...!

hampir jadi juara malam tu...
si adik bongsu lambat dapat

kecik besar saiz sotong semua dapat

ni juara antara juara

pakai lambak saja.... x sempat nak masuk tong lagi

ini yang sedapnya....sotong goreng tanpa rempah oleh Pak Embong

Tekong Pak Embong bantu ajar candat

lepas penat tarik sotong bercampur dengan mabuk laut

ni dia hasilnya...sebahagian dari sotong hampir 30 kg

Sunday, April 14, 2013

Dua kumpulan (bot 8 orang) turun candat pada 13 April 2013 walaupun bulan hijrah baru awal bulan ie pada 2hb Jamadil Akhir 1434H, jika dalam "musim sotong" masih ada rezeki. Tetapi kebetulan cuaca minggu ini kurang baik dengan alunan ombak serta angin barat laut & hujan maka macam biasa lah ramai yang tumbang akibat mabuk laut...terpaksa balik awal sekitar jam 12.00 malam. Satu pengalaman unik yang peserta sendiri akan merasainya.Tahniah kepada dua kumpulan ini !

Groups Lana Zariflee dari Melaka

Groups Hisham dari KL


Bot 8 orang kelihatan bot dibelakang goups Lana

ke kandang sotong melepasi  laut Pulau Kapas

dalam mabuk laut pun sempat tarik sotong juga

akhirnya semua tumbang.....terpaksa balik awal
Nota: Kumpulan Lana Zariflee memperolehi hampir 20 kg sotong sementara kumpulan Hisham hanya berapa
kilo sahaja....begitu lah rezeki di laut !

Monday, April 8, 2013

PRU ke 13 .... jika tarikh booking candat jatuh pada tarikh pilihan raya, sy harap pinda tarikh lain supaya deposit yang diberi masih boleh digunapakai....Insyallah !

Groups Azhar dan famili dari Shah Alam dan Termeloh candat pada hari sabtu 6hb April 2013

Jeti LKIM Cendering



perjalanan ke kandang sotong

pemandangan laut yang indah

seronok bila pertama kali ke laut

lagi seronok bila dapat sotong candat sendiri

En Azhar tolong buka sotong dari mata candat

sotong telor sedap dimakan

bila dah mabuk laut begini la jadinya

hampir belasan kilo sotong shj yg dapat....dah rezeki !

semua boleh merasa tarik sotong

tak kira lelaki atau perempuan