Tuesday, January 18, 2011

Makhluk Aneh di Pantai Pandak Cendering

Ramai tidak mengetahui di sebelah bukit Pelabuhan Cendering terdapat Pantai Peranginan yang cantik dan nyaman sekali. Pantai ini boleh dilalui melalui jalan tar ie 200meter sebelum pintu masuk ke Pelabuhan LKIM Cendering, turn left ikut signbord ke 'Pantai Pandak', pemandangan pantai yang cantik,berpasir dan berbatu-batu ini boleh mandi-manda, hati-hati bila mandi disini kerana amat BERBAHAYA bagi yang kurang arif dengan air laut.... Tapi awas disini juga muncul batu 'Makhluk Aneh' bila air pasang, ianya akan muncul seolah-olah baru datang dari laut....!

Lihat video dibawah:

Saturday, January 8, 2011

Ombak Laut Cina Selatan

Keindahan pantai pada musim Candat nanti....
 Pantai Kg Rusila dkt Restoran Lempeng view Pulau Kapas
  sekarang bahaya untuk nelayan....tp pantai masih cantikkkkk...
  video dibawah hanya buat renungan shj...bertarikh 07.01.11...jgn marah ya, baru cuba2 buat youtube..ha...ha...

Wednesday, January 5, 2011

Jadual Candat 2011

Aktiviti Candat Sotong tahun 2011 dicadangkan awal sebulan dari tahun 2010 sebagai 'cover' tahun lepas yang kurang menjadi. Mulai pada bulan Mac 2011 sotong sudah boleh di candat, walaupun kebiasaanya pada bulan April ....... seterusnya

Tarikh-tarikh yang sesuai aktiviti candat tahun ini adalah semasa 'bulan terang' mulai 10hb Hijrah hingga 25hb Hijrah setiap bulan mulai bulan Mac hingga bulan September 2011. Habitat sotong memang gemarkan cahaya.......seterusnya 

Tarikh-tarikh yang kami cadangkan ialah:
Bulan Mac 2011: 16,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 dan 31.
Bulan April 2011: 14,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 dan 29.
Bulan Mei 2011 : 14,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 dan 29.
Bulan June 2011:  12,13,14,15,16,17,18,19,20.......

Monday, January 3, 2011

Booking Candat 2011 dibuka

Kami berasa bangga diatas sambutan anda semua tentang Hobi Candat Sotong, meskipun tahun lepas 2010 sotong kurang menjadi, Insyallah tahun baru 2011 akan mendapat rezeki yang banyak ... amin !.
 
Keadaan ekonomi dan kenaikan harga barang di negara 1Malaysia yang tercinta ini amat sukar bagi kami mengekalkan kadar harga pakej saperti tahun lepas, timbang punya timbang kami dengan rasa terharu terpaksa juga mengubahsuai harga pakej dengan sedikit kenaikan minima kurang dari 10%. ie antara RM50-RM90 bagi setiap pakej.... kesian kaum nelayan kite tu.
Satu pakej baru disediakan (Pakej E) bagi group kecil 5 orang kebawah.

Bagi anda yang berminat sila Klik pada menu Package diatas.

JUMPA ANDA DI PELABUHAN CENDERING NANTI !

 senja berlabuh malam akan menjelma

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun 2011


mengamit kenangan 2010..mengintai musim 2011
Posted by Picasa

Jadual Musim Candat 2011 sudah boleh disemak sila KLIK pada menu Calendar. Senarai BOOKING juga boleh disemak sekarang.

Senarai harga pakej akan diposkan tidak lama lagi............dalam menu 'Package' ...oop belum ada lagi..!

menunggu bayu melambai

laut masih bergelora