Sewa Joran

Pada tahun 2014 Joran dan Koyan dibekalkan sekali dengan mata candat secara percuma. Banyak kes berlaku Joran dikembalikan dengan tidak sempurna, saperti joran patah, kekili rosak teruk dan pelbagai masaalah berbangkit, menjadi kerugian ketara yang terpaksa ditangani.

Oleh kerana candat menggunakan Joran amat mudah dan senang mulai 1hb April 2015 saya memperkenalkan perkhidmatan sewa joran rm15 + rm35 deposit untuk setiap satu joran. Deposit akan dikembalikan sekiranya joran diserahkan dalam keadaan baik (tidak berlaku sebarang kerosakan). Disamping itu koyan dan mata candat masih kekal dibekalkan secara percuma dan dikembalikan selepas balik candat.

Tempahan sewa Joran hendaklah dibuat paling lewat 3 hari sebelum hari candat dengan online bayaran sebanyak rm50/joran (sewa dan deposit). Sila berikan senarai nama kepada ketua kumpulan.

No comments:

Post a Comment