Tuesday, January 27, 2015

Aktiviti Candat Sotong datang lagi......!!!
Musim candat sotong biasanya akan bermula selepas angin monson di Pantai Timur berakhir sekitar bulan mac 2015 dan keatas. Cadangan jadual candat sotong bagi musim 2015 tahun ini berlainan sedikit dari sebelumnya. Berpandukan musim sotong 2/3 tahun kebelakangan ini saya ingin mencadangkan dalam tempoh tiga bulan iaitu April, Mei dan June 2015 adalah yang terbaik, tanpa mengira berapa haribulan hijrah yang biasanya selepas bulan purnama (selepas 15hb hijrah). Namun begitu mulai bulan Mac 2015 aktiviti cadat sudah pun bermula oleh nelayan tempatan untuk 'test kandang sotong'....juga aktiviti candat berterusan selepas Raya Puasa sehingga datangnya musim monson kembali.  

Cadangan Jadual Candat bagi Tahun 2015

Bulan April 2015:
Pada: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26  27, 28, 29 dan 30 Apr 2015

Bulan Mei 2015:
Pada:1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,  10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 dan 31hb Mei 2015

Bulan Jun 2015:
Pada: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, dan 14hb Jun 2015...stop kerana hampir puasa

Bulan Ogos September dan Oktober: Masih musim sotong...Tempahan atas permintaan sahaja

Puasa bulan Ramadan dijangka bermula pada 18hb Jun 2015 dan Hari Raya Puasa dijangka pada 17 dan 18 Julai 2015

Nota: Warna kuning hari Jumaat Sabtu Ahad

Tarikh diatas boleh dikatakan kemungkinan besar dapat hasil sotong segar yang dicandat sendiri serta mengambil gambar-gambar sebagai kenangan dengan aktiviti unik ini, cuma kadang2 hasilnya lumayan kadang2 tidak, bergantung pada rezeki di laut yang Allah bagi.. mohon banyak rezeki Insyallah...Amin !


********************************************************************************

Berikut adalah harga baru Pakej Candat berkuatkuasa mulai musim candat 2015. 
Hanya ada 3 pakej sahaja untuk tahun ini.

     HARGA PAKEJ CANDAT TAHUN 2015

Pakej 1 (Bot max   8 orang) RM1130
Pakej 2 (Bot max 10 orang) RM1350
Pakej 3 (Bot max 15 orang) RM1750 

Harga tertakluk pada perubahan semasa.

Penting: Pilih pakej yg sesuai, bot berlesen  tidak dibenarkan melebihi had muatan maximum.

KEMUDAHAN SERTA JADUAL AKTIVITI:
1.  Peralatan Candat Percuma (dikembalikan selepas Candat). 
     Nota: digalakkan membawa joran sendiri jika ada dan perkhidmatan sewa joran bagi yang berminat. 

2. 1 Chalet Percuma (berhampiran jeti LKIM) untuk simpan barang dan mandi, sebelum dan selepas balik    candat. 

3.  Bot dilengkapi Jaket Keselamatan dan System GPS.
4.  Menggunakan lampu Spot Light .
5.  Kemudahan dapur – makan percuma boleh goreng sotong fresh.
6.  Bekas Air Batu dan Air Mineral Percuma.
7.  Kemudahan Tandas/Bilik Persalinan
8.  Tekong yang berpengalaman.
9.  Semua peserta dikehendaki berkumpul di jeti sekitar jam 4.00 ptg utk taklimat ringkas cara candat.
10.Bertolak dari Jeti Lkim Cendering K.Trg selepas waktu Asar (5.00 ptg) balik selepas waktu subuh (7 pagi di Jeti) 12 jam/trip - balik awal atas permintaan.
11.Perjalanan ke kandang sotong sekitar 1 Jam dari jeti LKIM Cendering.
12.Keselamatan parking kereta LKIM Chendering terkawal dan berbayar (RM5 satu kereta).
 

Pengecualian: Pakej ini tidak dilindungi sebarang polisi insuran, jika berlaku sebarang musibah pihak kami  tidak bertanggungjawab.

GPS coordinates: Jeti Perikanan Cendering. Latitude: 5.329624 Longitude: 103.1370114

Alamat Chalet: Makteh Rumah Tumpangan, Simpang 4 Cendering 21080 Kuala Terengganu. Jalan menghala ke jeti LKIM Cendering. Tel: 09-6175358 HP: 019-9225251 
Nota: Rumah Tumpangan Makteh terdapat 19 bilik chalet dan 2 buah rumah untuk homestay. 


Note: Warning: For non muslim - NO ALCOHOL P'LS 



Tempahan hendaklah disertakan dengan deposit sebanyak minima RM300/bot (Rgt Tiga Ratus Sahaja) bakinya hendaklah dilunaskan sebelum menaiki bot pada tarikh/hari candat. (Bayaran awal seminggu dari tarikh candat digalakkan).



deposit boleh online samada 
Mb2u  1630 1935 8677 atau Cimb 7048 8595 24 
atas nama Zakaria Abu Bakar 

Wsap/Sms/Telegram ke 019-9170708 selepas bayaran dilakukan 
Tel sahaja sila call 019-9446610

Penting:  Sila pastikan group anda mencukupi sebelum bayaran deposit  dibuat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip pertama keluar candat pada 28 mac 2015



salah sebuah bot 15org







 mabuk laut....tidor la sampai pagi


3 comments:

  1. Berdasarkan pengalaman tahun lepas,4 kali turun antara April,Mei & Jun,bukan April yg terbaik hasil yg dapat..pesta candat sotong pn dibuat bulan April..so saya cadangkan trip bulan April..tahun ni insyaAllah xkan lepaskan peluang..hehe

    ReplyDelete