Thursday, April 5, 2012

Tip untuk bayaran deposit bot cara selamat.

Untuk mengelakan pertidihan jadual candat kebiasaanya bot kena booking awal sekitar sebulan keatas dari tarikh yang dikehendaki. Bayaran deposit antara RM200 hingga RM300 akan diminta untuk menjamin bot selamat ditempah sementara bakinya dibayar pada hari turun candat. Ada diantara kawan kawan terpaksa membatalkan tempahan setelah bayaran deposit dibayar (disebabkan masaalah yang tidak dapat dielakkan).

Saya awal2 lagi sudah memaklumkan dalam post terdahulu bahawa deposit jangan di bank in kalau tarikh belum confirm kerana wang deposit tidak dikembalikan. Bayaran deposit akan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu untuk booking bot, chalet dan saya sendiri sebagai pengendali Pakej Candat. Masaalah timbul bila tempahan dibatalkan terutama di saat akhir kerana kami telah menolak tempahan lain, kerugian inilah menjadi sebab deposit tidak dikembalikan.


Bagaimana cara untuk elakkan kerugian: Biasanya kita akan turun candat dalam berkumpulan, sudah merancang trip berbulan2 lamanya, ketua kumpulan hendaklah mengutip sekurang2nya RM50 seorang sebagai "tandajadi". Contoh: jika kumpulan ada 10 orang kutipan dalam tangan sudah ada RM500, deposit untuk tempahan bot 8 - 15 orang cuma rm300 sahaja. Jika berlaku masaalah terpaksa dibatalkan ketua kumpulan masih ada RM200 dan kerugian ditanggung secara berkumpulan. Ketua kumpulan boleh ke pasar beli sotong rm200 pergi BBQ mana-mana pantai.....ha...ha..gurau saja..! ..... Mungkin ini lah caranya "Win-Win Situation".

Monday, April 2, 2012

"April Fool"

Group Mohd dari KL turun candat pada 01.04.2012 - "April Fool"