Wednesday, April 14, 2010

Musim Candat 2010 Bermula

Bermula bulan April hingga Julai adalah musim sotong di Terengganu. kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti "Bandar Terapung" yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.Kawasan yang menjadi kandang sotong ialah disekitar peraiaran Cendering,Marang dan sekitar Pulau Kapas.Kandang Sotong bukan saja berada di sekitar Perairan Kuala Terengganu dan Marang malah terdapat juga di laut daerah Setiu,Besut,Dungun dan Kemaman.

Masa paling sesuai Candat Sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 kilogram hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.

JENIS CANDAT
Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.
Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada Sotong Torok, ,Sotong Telor (ketupat sotong) dan Sotong Jarum, Sotong Mengabang, Sotong Katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu yg terang (Spotlight) yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”

“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.

Kemeriahan musim sotong telah menjadi salah satu agenda dalam kalendar pelancongan Negeri Terengganu. "TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010" telah menjadi acara tahunan di Terengganu dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan, KLIK DISINI untuk menyertai.

Bagi ANDA yang benar2 ingin menikmati kepuasan Candat Sotong, kami menyediakan pakej berupa Bot yang selesa dengan kapasiti muatan seramai 8 hingga 15 orang, bleh Candat dari petang sampai pagi esoknya dengan kadar harga RM100/org. Mula bertolak dari Jeti Chendering atau Jeti Marang sahaja untuk mencandat di sekitar perairan Pulau Kapas Terengganu.Minima 8 org maksima 15 org satu bot.

1.HARGA GROUP PAKEJ ADALAH:

PAKEJ A (BOT 8 ORANG) RM800
PAKEJ B (BOT 10 ORANG) RM1000
PAKEJ C (BOT 12 ORANG) RM1200
PAKEJ D (BOT 15 ORANG) RM1400
(Bot terhad/Booking awal)

2.FAMILI PAKEJ HARGA RM900 - RM1450 SATU BOT (Harga sekali dengan Homestay dan boleh dirundingkan bergantung bil keluarga & Jenis Homestay yg dikehendaki)

Tempahan hendaklah disertakan dengan deposit sebanyak 30% (tidak dikembalikan) dan pertukaran Pakej kurang 7 hari dari tarikh Candat tidak diterima

KEMUDAHAN DI SEDIAKAN:
1. Peralatan Candat Percuma (dikembalikan selepas Candat)
2. Bot dilengkapi Jaket Keselamatan & System GPS
3. Lampu SpotLight banyak & Terang
4. Dapur Boleh Goreng Sotong Fresh, masak nasi/maggie atas permintaan
4. Bekas Air Batu & Minuman Ringan Percuma
5. Kemudahan Tandas/Bilek Persalinan (Bot 12 & 15 org shj)
6. Tekong lebih 10 tahun pengalaman
7. Taklimat Percuma Cara Candat yang betul.
8. Bertolak lepas waktu Asar balik pagi esok
9. Perjalanan ke Kandang Sotong hanya 1 Jam
10.Keselamatan Parking Kereta LKIM Chendering
11.Satu Bot dpt 1 Bilik Rehat Percuma Untuk Simpan
Barang & Mandi, sebelum dan slepas balik candat.
12.HomeStay bleh diuruskan (Atas Permintaan)

Tarikh-tarikh yang dicadangkan tahun 2010 ialah pada malam2 10hb - 20hb bulan Hijrah (Bulan Purnama Terang)

1. 23,24,25,26,27,28,29,30hb April 2010
2. 01,02,03,04,05hb Mei 2010
3. 24,25,26,27,28,29,30,31hb Mei 2010
4. 01,02,03hb Jun 2010
5. 23,24,25,26,27,28,29,30hb Jun 2010
6. 01,02,03hb Julai 2010
7. 22,23,24,25,26,27,28,29,30hb Julai 2010
Nota: Selain dari tarikh2 diatas Sotong ada tapi Kureng..!

Tempahan Awal Amat Dialu2kan.

TRIP TO PULAU KAPAS: KLIK DISINI


Jika Berminat Sila :
SMS/TEL:019-917 0708 - Pakya
Email: smartg54@gmail.com
Nota:Ketua Kumpulan EASY BSN POWER: Juara Katogeri Sotong Terbanyak & Juara Katogeri Sotong Terberat di TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2009 Sirkit Marang. Tempat ke 4 Sirkit Dungun Kategori Sotong Terberat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment