Monday, April 22, 2013

En Ismail dan famili  dari Pasir Gudang Johor (bot 8 orang) sambil "Cuti cuti di Pulau Kapas" sempat juga turun candat pada Jumaat petang 19hb April 2013 baru ini. Hampir 30kg sotong dinaikkan pada malam itu...berbaloi serta hebat !

En Ismail, Isteri serta 3 anak perjalanan ke Kandang Sotong

woow...2 ekor sekali naik... besar nya...!

hampir jadi juara malam tu...
si adik bongsu lambat dapat

kecik besar saiz sotong semua dapat

ni juara antara juara

pakai lambak saja.... x sempat nak masuk tong lagi

ini yang sedapnya....sotong goreng tanpa rempah oleh Pak Embong

Tekong Pak Embong bantu ajar candat

lepas penat tarik sotong bercampur dengan mabuk laut

ni dia hasilnya...sebahagian dari sotong hampir 30 kg

Sunday, April 14, 2013

Dua kumpulan (bot 8 orang) turun candat pada 13 April 2013 walaupun bulan hijrah baru awal bulan ie pada 2hb Jamadil Akhir 1434H, jika dalam "musim sotong" masih ada rezeki. Tetapi kebetulan cuaca minggu ini kurang baik dengan alunan ombak serta angin barat laut & hujan maka macam biasa lah ramai yang tumbang akibat mabuk laut...terpaksa balik awal sekitar jam 12.00 malam. Satu pengalaman unik yang peserta sendiri akan merasainya.Tahniah kepada dua kumpulan ini !

Groups Lana Zariflee dari Melaka

Groups Hisham dari KL


Bot 8 orang kelihatan bot dibelakang goups Lana

ke kandang sotong melepasi  laut Pulau Kapas

dalam mabuk laut pun sempat tarik sotong juga

akhirnya semua tumbang.....terpaksa balik awal
Nota: Kumpulan Lana Zariflee memperolehi hampir 20 kg sotong sementara kumpulan Hisham hanya berapa
kilo sahaja....begitu lah rezeki di laut !

Monday, April 8, 2013

PRU ke 13 .... jika tarikh booking candat jatuh pada tarikh pilihan raya, sy harap pinda tarikh lain supaya deposit yang diberi masih boleh digunapakai....Insyallah !

Groups Azhar dan famili dari Shah Alam dan Termeloh candat pada hari sabtu 6hb April 2013

Jeti LKIM Cendering



perjalanan ke kandang sotong

pemandangan laut yang indah

seronok bila pertama kali ke laut

lagi seronok bila dapat sotong candat sendiri

En Azhar tolong buka sotong dari mata candat

sotong telor sedap dimakan

bila dah mabuk laut begini la jadinya

hampir belasan kilo sotong shj yg dapat....dah rezeki !

semua boleh merasa tarik sotong

tak kira lelaki atau perempuan

Sunday, April 7, 2013

Kumpulan dari Rawang Selangor diketuai oleh En Ab Rahman candat pada Khamis 4hb Apr 2013
sebelum menaiki bot - Jeti LKIM Cendering
bersedia untuk ke kandang sotong
 ha..ha..dah dapat sotong pertama En Rahman
tu dia dapat tenggiri juga
menjelang waktu Magrib
bergaya dengan Tenggiri & Haruan Tasek
menjelang dinihari sampai tak berbaju....
sebahagian dari rezeki yg dapat sekitar 15kg




Monday, April 1, 2013



Beberapa kumpulan lagi turun candat pada 29hb Mac & 30hb Mac 2013

 

Matahari mulai terbenam pada 29.3.13 - view dari laut dkt P.Kapas
Groups Asmadi dari Johor Bahru
Datuk Razif dari Kuantan

Sebahagian dari keluarga Datuk Razif
 12 orang Doktor Pelatih dari UIA Kuantan di ketuai oleh Dr Zaim


ha ha...cuba teka sapa ni...
pakai baju warna cerah...nnt habis la kena dakwat sotong
senyum habis waktu balik candat
 Woo....ebek  baru naik pada 30.3.13 oleh nelayan pantai
Tenggiri juga baru nak berjinak dengan nelayan pantai 

Friday, March 29, 2013

Dua kumpulan pertama menyahut cabaran Candat Sotong tahun ini mulai pada 23 Mac 2013 baru2 ini

 Sebahagian  ahli groups Ida dari KL

Sotong pertama naik pada waktu senja
Mahathir bergaya dengan sotongnya


Pelabuhan LKIM Cendering

Groups Amin dari KL

Hasil candat agak lumayan juga

Tiada skill diperlukan...semua boleh candat lihat video