Monday, April 8, 2013

PRU ke 13 .... jika tarikh booking candat jatuh pada tarikh pilihan raya, sy harap pinda tarikh lain supaya deposit yang diberi masih boleh digunapakai....Insyallah !

Groups Azhar dan famili dari Shah Alam dan Termeloh candat pada hari sabtu 6hb April 2013

Jeti LKIM Cendering



perjalanan ke kandang sotong

pemandangan laut yang indah

seronok bila pertama kali ke laut

lagi seronok bila dapat sotong candat sendiri

En Azhar tolong buka sotong dari mata candat

sotong telor sedap dimakan

bila dah mabuk laut begini la jadinya

hampir belasan kilo sotong shj yg dapat....dah rezeki !

semua boleh merasa tarik sotong

tak kira lelaki atau perempuan

Sunday, April 7, 2013

Kumpulan dari Rawang Selangor diketuai oleh En Ab Rahman candat pada Khamis 4hb Apr 2013
sebelum menaiki bot - Jeti LKIM Cendering
bersedia untuk ke kandang sotong
 ha..ha..dah dapat sotong pertama En Rahman
tu dia dapat tenggiri juga
menjelang waktu Magrib
bergaya dengan Tenggiri & Haruan Tasek
menjelang dinihari sampai tak berbaju....
sebahagian dari rezeki yg dapat sekitar 15kg




Monday, April 1, 2013



Beberapa kumpulan lagi turun candat pada 29hb Mac & 30hb Mac 2013

 

Matahari mulai terbenam pada 29.3.13 - view dari laut dkt P.Kapas
Groups Asmadi dari Johor Bahru
Datuk Razif dari Kuantan

Sebahagian dari keluarga Datuk Razif
 12 orang Doktor Pelatih dari UIA Kuantan di ketuai oleh Dr Zaim


ha ha...cuba teka sapa ni...
pakai baju warna cerah...nnt habis la kena dakwat sotong
senyum habis waktu balik candat
 Woo....ebek  baru naik pada 30.3.13 oleh nelayan pantai
Tenggiri juga baru nak berjinak dengan nelayan pantai 

Friday, March 29, 2013

Dua kumpulan pertama menyahut cabaran Candat Sotong tahun ini mulai pada 23 Mac 2013 baru2 ini

 Sebahagian  ahli groups Ida dari KL

Sotong pertama naik pada waktu senja
Mahathir bergaya dengan sotongnya


Pelabuhan LKIM Cendering

Groups Amin dari KL

Hasil candat agak lumayan juga

Tiada skill diperlukan...semua boleh candat lihat video



Wednesday, March 27, 2013

Dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu dimana kenaikan harga barang telah memberi kesan jangka panjang terutama kepada kaum nelayan pantai, mulai 1hb April 2013 pengusaha bot di Cendering telah menaikan kadar harga tambang bot sebanyak RM100 sebuah. Walaupun begitu demi untuk mengurangkan beban kepada peminat candat sotong saya cuma menaikkan sebanyak RM80 sahaja sebuah bot. Senarai harga baru boleh dilihat  pada Harga Pakej diatas.

Wednesday, January 30, 2013

Harga Pakej 2013

Tahun ini cuma ada 4 jenis pakej sahaja berbanding tahun lepas sebanyak 5 jenis pakej, disebabkan kekurangan bot, pakej untuk bot 12 orang tiada lagi.
Saya masih belum dapat pengesahan rasmi dari pengusaha bot tentang harga tahun ini, walau bagaimana pun atas permintaan ramai harga Group Pakej yang dipaparkan ini sama dengan harga tahun lepas 2012. Harga pakej dari RM600 bagi bot  max 6 orang, RM850 bot max 8 orang, RM1070 bot max 10 orang dan RM1490 untuk bot max 15 orang.  Jika ada sebarang kenaikan dijamin tidak melebihi RM100 sebuah bot dan akan diberitahu kemudian, jika tidak harga ini akan kekal utuk Musim Candat 2013 Insyallah.

Senarai penoh harga pakej sudah boleh di acces pada menu 'Harga Pakej' diatas.

Monday, January 28, 2013

Selamat Datang Musim Candat 2013

Ramai peminat Candat Sotong bertanya bila musim candat tahun 2013 akan bermula,  kebiasaanya musim candat akan bermula dalam bulan Mac/April 2013. Tahun Baru Cina pada 10 Feb 2013, ketika musim 'Raya Cina' ada sejenis angin monson dikenali dengan nama  angin  'Chak Goh Meng' di Terengganu. Angin ini akan membawa tiupan angin kencang berserta hujan sekejap2 dengan laut sedikit bergelora biasanya akan berlaku dalam tempoh 2/3 minggu selepas Tahun Baru Cina.

......Blog dalam proses update......Jadual Candat 2013 sudah boleh dilihat.....