Sunday, April 14, 2013

Dua kumpulan (bot 8 orang) turun candat pada 13 April 2013 walaupun bulan hijrah baru awal bulan ie pada 2hb Jamadil Akhir 1434H, jika dalam "musim sotong" masih ada rezeki. Tetapi kebetulan cuaca minggu ini kurang baik dengan alunan ombak serta angin barat laut & hujan maka macam biasa lah ramai yang tumbang akibat mabuk laut...terpaksa balik awal sekitar jam 12.00 malam. Satu pengalaman unik yang peserta sendiri akan merasainya.Tahniah kepada dua kumpulan ini !

Groups Lana Zariflee dari Melaka

Groups Hisham dari KL


Bot 8 orang kelihatan bot dibelakang goups Lana

ke kandang sotong melepasi  laut Pulau Kapas

dalam mabuk laut pun sempat tarik sotong juga

akhirnya semua tumbang.....terpaksa balik awal
Nota: Kumpulan Lana Zariflee memperolehi hampir 20 kg sotong sementara kumpulan Hisham hanya berapa
kilo sahaja....begitu lah rezeki di laut !

No comments:

Post a Comment